BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 27, 2010

                                                      



 Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23

                                                      



 Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23

Saturday, November 13, 2010

Hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam

 "Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Wednesday, November 10, 2010

INSPIRASI

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

penyakit hati??





assalamualaikum sahabat semua,, pd entry kali nie penulis ingin membicarakan mengenai hati. apa yang pentingnya hati nie?? cuba kita fikirkan semula.. setiap amaln kita bermula dgn niat. niat itu dtg dr mna?? dr hati kan?kan?kan? stp perbuatan atau amaln kita bermula dgn niat,, so thats why kite kna jga hati kita. hati adalh raja dlm bdn manusia..



Tanda-tanda hati yang rosak:

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

penyakit hati nie amat berbahaya bila kita x tau atau x sedar penyakit tue ada dlam diri .. lg bahaya lau ia merebak dan berjangkit kpd org lain,, ish3,,mcm mana eak kita nk rawat hati? pakai clorox ker? axion ker? ajax ker? he3


Kaedah rawatan penyakit hati:


  • a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
  • b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
  • c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
  • d) Khusyuk dalam solat.
  • e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
  • f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
  • h) Beriktikad dengan akidah yang betul.i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
  • k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
  • l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
  • m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
  • n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
  • o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
  • p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
  • q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
  • r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Tuesday, November 9, 2010

SOLAT SUNAT DHUHA (^_^)



assalamualaikum... entry kali ini ana copy paste dr seseorg..

Bila Kita Nak Ukur Jarak Kita Pakai Kilometer.....
Bila Kita Nak Ukur Berat Kita Pakai Kilogram...
Bila Kita Nak Ukur Arus Kita Guna Amprobe Meter...
Bila Kita Nak Ukur Rintangan Kita Guna Multimeter..
Bila Kita Nak Ukur Suhu Kita Pakai Celcius..
Bila Kita Nak Ukur Laju Kita Nanti Kena Speedtrack Huhuhu...

Tapi Apa Device Atau Alat Tuk Ukur Iman Kita???

So Nie Salah Satu Alat Tuk Ukur Iman Kita Iatu Solah Dhuha 12 Rakaat.
Lepas Baca Nih....Kita Bole Tau Setakat Mana Iman Kita Dan Keyakinan Atas Ganjaran Dijanjikan.

Dhuha.....
Solah Dhuha Jugak Dikatakan Jugak Solah Sunat Awwabin Iaitu Untuk Orang2 Yg Ingin Bertaubat Drpd Segala Perbuatan Dosa.

Dari Abu Hurairah Ra Berkata Ia “ Pernah Sahabatku Nabi Saw Berpesan Kepadaku Supaya Berpuasa 3 Hari Tiap2 Bulan Dan Solah 2 Rakaat Dhuha Dan Supaya Solah Witir Sebelum Tidur.”

Dari Umma Hani Bt Abi Thalib R.A. Bahawasanya Nabi Saw Pernah Mengerjakan Sembahyang Dhuha Sebanyak 8 Rakaat.

Dari Abu Hurairah R.A Beliau Berkata Bahawa Rasulullah Saw Bersabda :
Barangsiapa Yg Mengerjakan Solah Dhuha Dgn Berkekalan Allah Akan Ampunkan Dosanya Sekalipun Sebanyak Buih Di Lautan.

Sabda Nabi Saw :
Solah Dhuha Mendatangkan Rezeki Dan Menolak Kefakiran (Kemiskinan) Dan Tidak Ada Yg Memelihara Solah Dhuha Kecuali Orang2 Yg Bertaubat.

Dari Nuwas Bin Sam’an R.A Bahawasanya Nabi Saw Bersabda :
Allah ‘Azza Wajjala Berfirman : Wahai Anak Adam (Manusia) Jangan Sekali Kali Engkau Malas Mengerjakan 4 Rakaat Solah Pada Waktu Permulaan Siang (Sunat Dhuha), Pastikan-Ku Cukupkan Keperluanmu Pada Petang Hari Itu. ( Riwayat Al Hakam )

Dari Abu Darda’ R.A. Berkata Ia Bahawa Rasulullah Saw Bersabda :
Hendaklah Setiap Pagi Bersedekah Untuk Persendian/Ruas Tulang Badannya. Setiap Bacaan Tasbih Itu Sedekah, Setiap Bacaan Tahmid Itu Sedekah, Setiap Bacaan Tahlil Itu Sedekah, Setiap Bacaan Takbir Itu Sedekah, Menyuruh Berbuat Baik Dan Melarang Kemungkaran Itu Sedekah, 2 Rakaat Solah Dhuha Yg Dikerjakannya Dapat Membandingkan Pahala Itu Semua.

Dari Abu Darda’ Ra Berkata, Rasulullah Saw Bersabda :
Barangsiapa Yg Mengerjakan Solah Dhuha 2 Rakaat, Maka Ia Tidak Akan Dicatat Dlm Golongan Orang2 Yg Lalai; Barangsiapa Yg Mengerjakannya 4 Rakaat Maka, Dicatat Dikalangan Ahli Ibadah; Barangsiapa Yg Mengerjakanya 6 Rakaat, Maka Keperluannya Hari Itu Akan Dicukupi; Barangsiapa Yg Mengerjakanya 8 Rakaat, Maka Ia Akan Dicatat Dikalangan Orang Yg Taat; Dan Barangsiapa Yg Mengerjakannya 12 Rakaat Maka Allah Membangunkan Untuknya Sebuah Istana Di Dlm Syurga.
(Hadis Riwayat Thabrani)



Bahawasanya Di Syurga Terdapat Pintu Yg Disebut ‘Dhuha’. Jika Hari Kiamat Telah Tiba, Malaikat Menyeru, “Manakah Orang2 Yg Mengerjakan Solah Dhuha? Inilah Pintumu, Silakan Masuk Ke Dalamnya Dengan Rahmat Allah.”

Akhir Skali....Huhuhu, Dengan Penuh Rayuan Dipohonkan Daripada Pembaca Sekalian, Apabila Tuan2, Puan2, Adik2 Berdoa Untuk Diri Masing2 Pada Masa Masa Tersebut Maka Sertakanlah Doa Untuk Seorang Pendosa Ini.
Adalah Diharapkan Dengan Berkat Doa Tuan Tuan Dan Puan Puan Derta Adik Adik Yg Tulus, Tuhan Yg Maha Pemurah Turut Mengurniakan Kepada Hamba Yg Pendosa Ini Kasih Sayang Dan Keredhaannya.

“Engkau Cukup Bagiku, Engkau Tuhanku, Engkau Sebaik Baik Pembantu Bagiku”

Friday, November 5, 2010

BENDA PALING BERAT:AMANAH

assalamualaikum...

salam sejahtera wat kwn2 sumer,sebenanya sy saje je nok mengarut kat note nie, x de keje,, exam kan lmbt lg.. so study lmbt sket..he3, lau study awl2 cpat lupa,, x gitu kwn2? asyik dok maen game zombie,,bosan gak!  hi3.. oke2 kita masuk ke topik utama eak!
urmm, trima kasih kpd kwn2 yang telah mengundi sy selaku ko sem depan, tenkiu2x! tp sy rasa mcm ader konspirasi jer nih,, ha3. sebenarnya secara jujur zahir dan batin ku ini,,,sy merasa sy amat x layak sekali untuk memegang jawatan ini ( pergh,, mcm jawatan tggi sgt je,,pd hal ko je) he3... serius! mmg rasa diri ini x layak,,, tp InsyaALLAH sy akn cuba yang  terbaik... (ko lama sila beri tunjuk ajar kpd ko baru eak) hi3... sesunnguhnya sy nie manusia biasa dan bnyk kekurangan,,

(satu ketika dulu)....

aku: lecturer da masuk ker?klaz  kat mana eak? (berjalan laju x cukup kaki,, coz g klaz lmbt.ha3)

pko: klazs kat b4.lecturer da masok!!

aku: oke2x..tenkiu...(huh,cuak! lecturer da msok)

# asyik2 muka aku jer yang lmbat...ha3

TAPI (semester depan)...

kwn2: huda klaz kat ne?

aku: jap eak.. nnt sy konfermkan..

kwn2: oke...

#lau sebelum nie, aku sokmo g klaz lmbt,,tp taun dpan mgkn aku kn jd yang paling awal. lau dlu aku rileks2 jer g klaz, tp taun depan aku lak yang tukang cari klaz untuk kwn2.,,ha3...

#lau dulu aku wat x taw jer psal jam kredit. tau2 da abeh sem kredit abih la, hi3. tp sem dpn aku lak yang kna tolong kirakan jam kredit. pembantu memegang buku biru.ha3.. tp da tukar kaler kot... kan da naek degree katekan,, sue,,cpat blajor kire jam kedit...

#lau sem nie kedit aku jimat sket la kan,,,, tp taun depan .... huh.. kompem kna guna bnyk topup...nak kena kol lecturer lak..adoyai..hi3..lau dpt yang kna speaking, nasiblah aku,,ha3

# lau dulu, aku bleyh duk senang lenang,,tp sem depan mungkin dah tunggag langgang,,hi3

oke,,sekian saje celoteh dr sy,,,tenkiu kpd sesaper yang membaca... sori lau buang masa korang sumer membaca note sy yang entah apa2 nih,,(^_^) doakn sy dpt menjalankan amanah nie sebaik mungkin... sesungguhnya benda yang paling berat di muka bumi ini adalah amanah.. mntak maaf lau ada tersalah kata,terkasar bahasa, tp rasenyer x kasar sgt pon kan?kan? kan? mudah mudahan sy dpt membuat satu ANJAKAN PARADIGMA,,, huh(canggih nyer bhs)

okeh2,,, assalamualaikum...

( yang berkhidmat tuk klass)
-nurulhuda abdul aziz-

#watak2 atau nama2 yang dimensionkan di atas x de kena mengena sama ada yang hidup atau pon yang mati...

Thursday, October 28, 2010




KiSaH MaTi......

UNTUK MENYEDAPKAN HATI PENULIS...MAKA PENULIS BERHENTI JAP MENULIS BAB SAKITNYA MATI SEBAB RASA TAKUT DAN NGERI LAK RASANYA… 

MAKLUM LA PENULIS INSAN YANG BANYAK BERBUAT DOSA. DARIPADA DOSA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT, YANG SEDAR DAN TAK SEDAR, YANG NAMPAK DAN TAK NAMPAK, YANG KECIK DAN YANG BESAR, YANG SENGAJA DAN TAK SENGAJA EMMM ALAHAI MALANGNYA NASIB PENULIS DI MASYHAR ESOK……. 

JADIK UNTUK MEMUJUK HATI PENULIS YANG BERDOSA NIE…(PUJUK SENDIRI) MENCARI HARAPAN PADA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN, PENULIS TERINGAT KISAH2 KEMATIAN YANG DIREDHAI…MOGA2 ALLAH KURNIAKAN JUGAK NANTI KESUDAHAN YANG BAIK HUSNUL KHATIMAH PADA PENULIS YANG BERDOSA INI…Amin. 

ADE 3 KISAH PERIHAL KEMATIAN YANG DUA DARIPADANYA BERLAKU SEKITAR KAMPUNG PENULIS SENDIRI. 


KISAH YANG PERTAMA 

IANYA BERLAKU PADA BAPAK KAWAN PENULIS SENDIRI SEKITAR 20 TAHUN DULU. MATI DALAM KEADAAN KETIKA BERSUJUD PADA PAGI SUBUH JUMAAT KETIKA JADIK IMAM. SUJUD RAKAAT TERAKHIR. ANAKNYA YANG JADIK MAKMUN TELAH BANGUN DARI SUJUD KERNA DIRASAKAN TERLALU LAMA DAN MENDAPATI KAKI BAPANYA YANG SEDANG SUJUD TU TELAH TERANGKAT. KEMUDIAN BELIAU DAPATI BAPANYA TELAH MENGHADAP ALLAH DALAM KEADAAN SUJUD. SURE HEBOH JUGAK KAMPUNG MASA TU. (KATANYA KUAR SURATKHABAR). 

JENAZAH BAPANYA KETIKA DIURUSKAN PUN MASIH TERASA PANAS DAN LEMBUT CAM URUS ORANG TIDUR.(BIASANYA BILA NYAWA DICABUT BADAN AKAN JADI SEJUK DAN KEJANG) 

EMMMMM…..APAKAH AMALAN BAPANYA??? ORANG BERTANYA PADA ANAKNYA…..JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH ANAKNYA TENTANG AMALAN BAPANYA BILA KITA DENGAR PUN JADIK TAK HERAN KALU DAPAT MATI DALAM KEADAAN SUJUD. 

KATA ANAKNYA, BAPANYA MACAM DAH TAHU NAK MATI HARI TU SEBAB DIA KATA, NIE SUBUH LAST DIA SOLAT. KEMUDIAN BAPA DIA KATA SELEPAS NIE KAKAK HANG PULAK.( MEMANG BETUL SELEPAS TU KAKAK DIA PULAK YANG DIJEMPUT ALLAH) 

INI DIA AMALAN BAPAK DIA…..SETIAP HARI BANGUN PUKUL SATU PAGI MENGAJI QURAN HINGGA KE SUBUH. 

*PENULIS …………………………….NO KOMEN 

KISAH YANG KEDUA 

NI KISAH DALAM TAHUN 1986.PENULIS BARU JER JUMPA CUCU DIA KAT MASJID. TOK DIA MERUPAKAN KETURUNAN PAKISTAN DAN BERTUGAS SEBAGAI IMAM MASJID. 
ANTARA SIFAT2 PERIBADI TOK DIA IALAH KURANG BERCAKAP HAL HAL DUNIA DAN BANYAK BERZIKIR. MENYIMPAN KERANDA DI ATAS BUMBUNG STOR TEMPAT DIA BERISTIREHAT. 
SELEPAS BERSIHKAN KAWASAN MASJID ACAPKALI MEMANDANG KE ARAH KERANDA UNTUK MENGINGATI KEMATIAN. 

SALAH SATU PERISTIWA YANG DISAKSIKAN SENDIRI OLEH RAKAN PENULIS TENTANG KELEBIHAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA IMAM NIE.(KISAH BENAR NI BUKAN REKA2). 

PADA SATU PAGI KETIKA RAKAN PENULIS MEMASUKI MASJID UNTUK SOLAT SUNAT ISRAK, SEMASA ITU IMAM TERSEBUT SEDANG MENCABUT RUMPUT DI SEKITAR MASJID. DAN PADA MASA YANG SAMA SEEKOR ULAR TEDUNG MEMANGGUNG KEPALANYA PADA SI IMAM TADI. SUSPEN SUSPEN….. 

APA YANG RAKAN PENULIS NAMPAK NGAN MATA KEPALA DIA SENDIRI (MMG LA TAKKAN PINJAM MATA ORG LAK KOT) IMAM TADI MENEPUK NEPUK KEPALA ULAR TEDUNG YANG TENGAH MEMANGGUNG TADI CAM TEPUK KEPALA KAMBING JER. MAKA ULAR TEDUNG TU TERUS BEREDAR BEGITU SAJA.RAKAN PENULIS KATA SEBELAH TANGAN TEPUK, SEBELAH LAGI PEGANG BUAH TASBIH SAMBIL BERZIKIR. 

MASA IMAM TADI NAK MENINGGAL RAKAN PENULIS PUN ADE KAT MASJID. (RAKAN PENULIS NIE BAGUS SUKA LEPAK KAT MASJID). ANAK IMAM TADI DATANG KE MASJID(RUMAH IMAM SEBELAH MASJID) PANGGIL RAKAN PENULIS TENGOK AYAHNYA DAH NAZAK. KATA RAKAN PENULIS BILA DIA SAMPAI JER IMAM TADI DAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR. ISTERI DIA AMBIK KAIN DAN MENUTUPI JENAZAH IMAM TADI. SELESAI SAJE DIA TUTUP JENAZAH ARWAH SUAMINYA SI ISTERI TERUS JUGAK MENINGGAL DUNIA KAT SITU LER LER TU JUGAK. NI YANG AMAZING NIH….SAMPAI AKHIR HAYAT SEMPAT LAGI KHIDMAT KAT SUAMI DAN SEHIDUP SEMATI (YA ALLAH BERI LA ISTERI KU DARI JENIS CAMNI…aMin). 

IMAM TADI DIKEBUMIKAN DENGAN KERANDA YANG DIA DOK SELALU TENGOK TU. 
KEMATIAN MEREKA SUAMI ISTERI TURUT DISIARKAN FRONT PAGE(MUKA DEPAN) BERITA HARIAN 


KISAH YANG KETIGA 

MASIH ANDA SUME INGAT HADIS2 KELEBIHAN AMALAN SOLAT YANG DIBACA DI TV3 HINGGA SEKARANG NIE. CONTOHNYA ,“BERI LA BERITA GEMBIRA PADA MEREKA YANG PERGI KE MASJID DI MALAM YANG GELAP GELITA BAHAWA MEREKA AKAN DAPAT CAHAYA YANG SEMPURNA DI AKHIRAT KELAK.” 

HADIS2 TENTANG KELEBIHAN ATAUPUN FADHAIL AMAL MASIH DIBACA DI TV3 HINGGA SEKARANG BIASANYA SETIAP KALI WAKTU SOLAT. 

PENULIS NAK BAGITAU YANG PEMBACA DAN PELOPOR KEPADA PEMBACAAN HADIS2 TU DAH MENINGGAL DUNIA. DIA MENINGGAL DALAM MASJID DALAM KEADAAN SEDANG DUDUK MENDENGAR BACAAN HADIS2 KELEBIHAN AMALAN. 

SETELAH SELESAI BACAAN HADIS, MEMBER KEJUTKAN DIA INGATKAN DIA TIDUR SAMBIL DUDUK RUPANYA ALLAH DAH JEMPUT DIA.SEMOGA ALLAH RAHMATI ROHNYA. 

KISAH KE EMPAT( TAK MASUK LIST NIE) 

KISAH KE EMPAT NI KISAH YANG BERLAKU PADA DIRI PENULIS SENDIRI KETIKA ADIK PENULIS MENINGGAL DUNIA…HUHUHU.. 
PADA PAGI HARI ADIK PENULIS MENINGGAL DUNIA, SETELAH BALIK DARI SURAU SOLAT SUBUH PENULIS BERASA SOMETHING WRONG WITH MYSELF. TAK DAPAT DIUNGKAPKAN DENGAN KATA KATA. CANNOT EXPLAIN WITHIN WORDS MAT SALLEH KATA. RASA TAK TENTERAM, TAK SELESA, TAK KERUAN, TAK KETAHUAN EMMM TAKTAU LAA… 

PENULIS PUN SURUH MEMBER SETTLEKAN HAL KEJE (BAD TQ YER). PENULIS DENGAN LONGLAINYA MELANGKAH PERGI KE SURAU SEMULA MENCARI KETENANGAN. DALAM TAK KERUAN TU PENULIS TIDOR SAMPAI ZOHOR. LEPAS PENULIS AZAN ZOHOR THEN SOLAT JEMAAH NGAN PAK LANG(IMAM..KESIAN DAH UZUR DIA SKRG). 

RUPANYA RASA TAK KERUAN TU TAK HILANG LAGI SO PENULIS BARING DALAM KEADAAN TU HINGGA TIBA WAKTU ASAR. LEPAS SOLAT ASAR BERJEMAAH PENULIS BACA BEBERAPA POTONG HADIS DAN PULANG KE RUMAH. 

SAMPAI JER KAT UMAH, MEMBER BISING KATA SURUH BALIK KAMPUNG CEPAT ADIK PENULIS PARAH ACCIDENT. EMMM ALAHAI…MASA TU PERASAAN ALLAH JER YANG TAHU. 

CALL KAMPUNG SUME TAK ANGKAT, CUBA TRY TEST CALL COUSIN, ISTERI DIA KATA MEMANG PARAH.HUHUHU………AMBIK BAS TERUS SAMPAI KAT PEKELILING, KUALA LUMPUR. SAMPAI JER KAT PEKELILING CALL LAGI…TERUS SEPUPU I CAKAP ADIK I DAH MENINGGAL……HUHUHU… 

APE PERASAAN MASA TU??? SEBAGAI MANUSIA BIASA DAN SEBAGAI SEORANG ABANG PERASAAN SEDIH TAK USAH DICAKAP LAA..HUHUHU. TERASA PUTUS SUDAH KASIH SAYANG. KENANGAN HIDUP BERSAMA (ADIK I LAKI BEZA UMUR 2 TAHUN) DARI KECIK BERGADUH, BERGURAU, SUKA DUKA TERUS BERMAIN DI FIKIRAN DAN JIWA, MERUNTUN BETUI RASANYA.HUHUHU 

APA YANG PENULIS BOLE BUAT HANYA LA BERSABAR…“DAN MOHON LA PERTOLONGAN DENGAN SABAR DAN SOLAH.” MASA TU PENULIS TERINGAT KISAH SAIDINA JAAFAR KALU TAK SILAP PENULIS LA, BILA DIBERITAHU KEMATIAN SAUDARANYA LANTAS DIA TURUN DAN SOLAT 2 RAKAAT. PENULIS CUBA AMALKAN TAPI TAKLEH SEBAB KAT STESEN BAS NAK AMBIK WUDUK DAN TEMPAT SUJUD PUN TADAK. 

CUMA BILA SAMPAI RUMAH MAK SAUDARA NAK JOINT BALIK KAMPUNG PENULIS DAPAT SOLAT TAUBAT KHAS TUK ADIK PENULIS SEBANYAK BANYAKNYA…. 

SEBENARNYA PENULIS NAK CITER LAGI…TAPI TAKUT PEMBACA BORING LAK…KISAH CAMNO LAST PENULIS BERMIMPI JUMPA ARWAH ADIK PENULIS DAN TANYAKAN PADA DIA CAMNO LAYANAN ALLAH PADA DIA…